Ahlan Wasalam,
Ok Sebelum tuh aku nak pastekan 1 petikan emel yang dihantar padaku oleh SangPelangi.com - Irfan Jani..harap ape yang aku cuba panjangkan ini akan dipraktikkan dan bermanfaat buat semua viewerKu
Azam Tahun Baru 2011
oleh Irfan SangPelangi
Dihantar melalui emel buat Ahli Sahabat SangPelangi
SangPelangi.com
Assalamualaikum, dhidaida
Ringkas saja emel kali ini. Seorang daripada kalian, ahli Sahabat SangPelangi, bertanya padaku,
"Aku mengikuti SP sejak 2008 lagi. Aku baca hampir seluruh SP, dan ada yang sudah aku baca berkali-kali. Satu perkara yang aku hairan, bagaimana kau memasang azam? Sampaikan aku tengok dari apa yang kau tulis pasal impian, hampir 100% kau mencapainya.
Kongsilah tip, aku teringin sangat melancong ke banyak negara. Terutama ke Jepun dan Korea, seperti kau."
Menarik soalan ini. Kuminta izin pada rakan kita itu, agar menjawab soalan ini pada semua di antara kita supaya dapat saling memanfaatkan.
Aku amat yakin dan pasti, kalian semua bercita-cita juga untuk melancong, bukan? Jadi, aku mahu tanyakan soalan berikut pada kamu:
- Berapa tiket flight ke Hong Kong pada bulan Ogos 2011?
- Bilakah tiket ke Seoul/Incheon akan jatuh harga paling murah?
- Airlines mana yang paling murah untuk ke Tokyo?
- Adakah bertolak dari KL, KK, atau Changi lebih murah?
- Siapa akan menjemput kita di airport sebelah sana?
*gantikan lokasi di atas, dengan nama lokasi yang ingin dituju.
Andai telah menjawab soalan di atas, tahniah! Kalian setapak sahaja lagi ke sana. Allah pasti memakbulkan doa orang yang berstrategik dalam bercita-cita.
Soalan inilah yang diajarkan oleh seniorku di Jepun. Lihatlah betapa dahsyat dan telitinya kita dalam berkeinginan. Seniorku mengajarkan aku, bahawa sebagai impian yang menjadi doa, adalah cita-cita yang dirancang agar dimakbulkan Allah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cume tinggal lagi 1/2 jam je nak melangkah ke 2011..soo amacam persediaan ke thn baru ni? Perasaan ku...dup dap dup dap..bukan cemas atau panic tapi kuasakan masa berlalu begitu cepat...(hah dah 31.12.2010! esok dah 1.1.2011..cepat gila masa). Bermula dari tarikh dan hari ku tinggalkan opis lama DELFI MARKETING SDN BHD bulan 6 dulu ...masaku banyak diisi utk menguruskan kedai dan perniagaan kecilku..mybe sbb tu aku asa cam pantas masa berlalu...(hahaha sampai beday aku bulan lepas pun aku terlupa gak :))) )
31.12.2010 -- hari Jumaat (sempena emergency leave yg diberi oleh PM) aku menghabiskan sisa sisa waktu mempromosikan produk sos cili kurma di MYDIN USJ (hahaha actually x sampe malam pun jaga)... ttp yr end 2010 x seperti tahun 2009...kalo dulu aku senang gembira dan huha huha bersama menghitung detik 2010 di KLCC...tahun ni aku terpaksa memandang dari jauh je hhhuhuhuu :( ...semuanya kerana tanggungjawabku kepada kerja dan titik peluhku menghasilkan SOS CILI KURMA... hanya kerna utk mendapatkan sedikit perhatian daripada para pelanggan diluar sana mengenai Produk SOS CILI KURMA ini--doaku "MOGA TUHAN MERBERKATI PARA PELANGGAN YANG SUDI MEMBELI SOS CILI KURMA " ini
Special Thanz to KPDNKK yang menjadi BIG Sponsor bg Karnival Produk Malaysia Citarasa Kita di MYDIN USJ (24.12.2010-2.1.2011) dan x lupa juga pada usahawan berjaya TR MAJU RESOURCES yang sudi memberi sedikit peluang dan ruang pada SS TAMAR RESOURCES bersama merasai pengalaman promosi sebegini . Disamping dapatku asah bakat "menjual" dgn lebih tajam..oh ya FAIZAH n NIZA (sahabat yg sudi mencuri waktunya demi membantuku promosi produk yang x seberapa hebat ni)...time kasih bebanyak FRENZ.... Begitu banyak info dan watak2 perniagaan ku kenal lagi semasa disana sehinggakan satu masa ku jadi begitu keliru dgn keadaan--SUNGGUH! akan ku jadikan ia sebagai asam garam dalam perniagaan (biz kecil je yg baru nak naik) erti kata lain berhati hati.....-bagi TR MAJU hope ukhwah perniagaan ini akan berterusan di lain lain masa akan datang!
Pada sahabat niaga lain...MULBERRY (datuk n datin favarotku), COCO-V, HONEY APPLE, SESAME VENTURE, PIZZA PAH, KAMUS MOBILE, CHARDYNA, HIDAYAH COOKIES, JAMBU PAKCU, CHAPATTI (arrrg nak sebut sume den x ingat la byk sgt list com.)- satu ayat mewakili sume perasaanku BEST! berkenalan ngan uolz!jumpe kita di lain tempat dan acara!
Pada para pelanggan MYDIN USJ...ucap terima kasihku pada kalian sume (walaupun x kenal) doaku harap setiap langkah kalian akan diberkati kerna sudi menerima kehadiran produk SOS CILI KURMA - ada yang bertanyakan "sudah masuk MYDIN?-jawabku "akan saya usahakan nnt insyallah"
Ok asanya entry ini dah terlalu panjang...sooo pada semua kenalan
SELAMAT TINGGAL 2010 ---- SELAMAT MENEMPUH 2011
HAPPY NEW YEAR!!!!
SOOO enjoy2la diri melihat album GAMBO sekitar PMCK @ MYDIN USJ