RESEPI ROTI JALA
3 cawan tepung biasa
3/4 sudu kecil garam
2 cawan air
3 telur, dipukul dengan lembut
1 cawan santan pekat
minyak masak
CARA CARA
1. Tapis tepung dan garam ke dalam mangkuk besar.
2. Pukul air, telur dan santan, kemudian masukkan ke dalam tepung dan garam dan pukul dengan lembut. Jangan gaul terlalu lama. Tuangkan ke dalam penapis dan biarkan selama 5 minit.
3. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Tuangkan 1/4 cawan campuran ke dalam cawan roti jala, atau mana-mana kontainer yang mempunyai lubang di bawah, kemudian pusingkan di atas kuali membentuk roti jala.
4. Boleh dimakan dengan kari ayam atau gula sahaja.
RESEPI KUAH SERAWE
- 5 ulas durian
- 3 sudu gula pasir
- 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
- Pilihan : boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna
Cara-cara
- Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
- Masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
- Masak hingga mendidih.
Assalamualaikum
Tetibe je permintaan roti jala datang..hahaha x huru hara mencari respi...tapi nasib baik la aku ade CHEF yang sangat HEBAT ...MAM SABAR u ar everything for ME...walaupun ada resepi ini sebagai rujukan tetapi cara dan kemahiran MAM SABAR tetap TIPTPO..xa perlu rujuk resepi..juz clik kat OTAK nye jer..dah memorised kembali manisan tradisional ini..al maklumla dah lama x buat roti jala kan...soo here is our finished produk..
0 ulasan:
Catat Ulasan