Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Twist & Bun Cheese - Buka posa

Salam,

Hemmm hari ni 28.8.20
10... stop production...customer mik order...kemas kemas kedai...sale @ mais...jadinya dah xde apo nak dibueknyo...terhasilla twist & bun cheese ni...untuk berbuka & bersahur pagi nnt...

alhamdulillah



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sales & Hamper 2010

Assalamualaikum,

Agak lama dah x update blog ni...hemm sale tahun ni alhamdulillah...byk juga order tuk biskut biskut raya...jual biskut sendiri dan jual kuih orang lain...kita biz mestila sama sama bantu membantu peniaga lain..bukan sume benda kita leh buat sorang...ada kemahiran ada rezeki kta kongsi...tanamkan prinsip seperti ketam cina...


Ah dah melalut...tuk thn ni x byk pic dapat snap tuk oder biskut...x sempat...kelam kabut nak proses biskut nak layan customer datang mengejut nak arrange stok...ah x menang tangan la...tp nsb baik dapat customer yang memahami...depa tolong la skit skit apa yang patut kan tgk keadaan dan huru hara...mmg x sempat nak snap..customer datang trs beli xde order lama lama..datang tgk beli...tu yang x dan nak snap...


Okla ditengah tengah ramadhan ni...ni je la pic yang sempat di snap tuk kenangan 2010...ada gak beberapa hamper kami buat tuk customer kami...hope depa suka la ngan sumbangan ikhlas x seberapa kami ni yea...


Seperti apa yang dijangkan seperti tahun lepas...chocolate stick, tart nenas, sarang semut dan pistachio sold out!


Selamat menjalankan ibadah puasa semua!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TRADISIONAL BAHULU-MAM SABARIAH

Ah lan Wasalan

Hehehe sempena ramadhan ni...tahun ni byk aktiviti family kami adakan...yang pertamanya Making The Traditional Bahulu MAM Sabariah...

Actually bahulu ni...si Along yng request kat MAM Sabariah thn lepas..tp x buek buek lae...jadinyo sompono anak anak along den dah bosa..jadinyo meko meko ni la yang akan kadi pekerja upahan ...bukan sonang nak buek bahulu mam Sabar ni..nak pukul tolo sampe putih...x leh putar kene hunjut gak...ades ades...parahhhh...stat kul 11 pg abis bakar kul 7 malam..sompek la gak bagi sodokah kek jiran kodai den ..kawan2 dan sesapo lae la yg ado kek kodai somalam(27.8.2010)

Sooo enyoy the making yaaa!





kenangan dahulu thn 70-an..
dari kanan ari, mai, sharul

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Luqman Al Hakim

Salam Ozzz

Beday kek for anak buah den LUQMAN AL HAKIM dan 3 TAHUN dah....cepatnya masa belalu





Wish che' da to che' man...baek baek selalu key! abg udak iman!

.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I LOVE ISLAM-petikan daripada YA Habibi

Salam,



Kepada YA HABIBI, aku postkan ini dalam blog bagi renungan dan ingatan selamanya

Baca la...buat renungan dan semoga dapat kita prakttikkan kesabaran kita dalam apa jua rintangan yang bakal datang....all bout me..

Ujian Allah : Tanamkan Kesabaran
www.iluvislam.com
Oleh : Ya Habibi
Editor : doraemong13




Pejuang hidup kerana berjuang.


Penat berjalan melalui rutin dan hidup hari demi hari. Terasa sakit dan pening kepala memikirkan semua benda yang perlu dilangsaikan. Itu hanya sakit lahiriah, bukan pada batinnya pula! Memikirkan diri sendiri dan ummah lebih membimbangkan. Apakah kesudahan.

Hah. Begitulah hidup kita dalam dunia ini. Allah sering sapa diri kita dengan ujian. Tidak dinamakan seseorang itu hamba Allah jika tidak menerima ujian yang Allah berikan. Dan tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman jika tiada sifat sabar. Dan tiadalah dikatakan seseorang itu SABAR jika tiada dugaan yang akan menguji kesabarannya.

Kadang-kadang, kita cepat sangat untuk mengeluh dan merasa lelah atas semua apa yang telah menimpa dan apa yang telah kita lakukan. Lambat laun, keluhan yang keluar dari bibir dan penat yang dituturkan akan membuahkan sifat malas dan rasa putus asa dalam diri seseorang.


Ujian Allah = Kasih Sayang-Nya

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah, perlu kita ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Saya yakin deh! Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah turunkan, ada kebaikan akhirnya. Cuma, mahu tidak mahu sahaja untuk kita berfikir.

Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga suatu penyakit yang Allah turunkan. Itu semua adalah kasih sayang Allah.

Allah sebenarnya ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah ingin memberitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya.

Apabila ujian datang menimpa, kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu.

Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain yang lebih teruk dan hebat ujian diri mereka. Begitulah sifat kita sebagai manusia. Seringkali terlupa. Rasanya ungkapan Tun Mahathir yang berbunyi ‘Melayu Mudah Lupa’ patut digantikan dengan ungkapan ‘Hamba Allah Mudah Lupa’.



Hamba Allah Mudah Lupa


Sabar : Orang-orang Yang Hebat

Seringkali, apabila kita teruji dan mungkin menangis menumpang adu kepada sahabat, ungkapan SABAR seringkali kedengaran dan menunjukkan bahawa kekuatan sabar itu adalah KUAT. Ada orang yang sudah lali dengan perkataan sabar yang diungkapkan oleh orang lain.. Ada orang akan mendapat semangat daripada perkataan sabar yang disebut oleh orang lain.

Dan bagi diri saya sendiri, apabila saya memujuk diri saya untuk bersabar, seakan-akan ada suatu semangat yang sukar untuk saya gambarkan. Begitu juga apabila sahabat-sahabat yang lain memberikan sedikit semangat untuk diri saya.

Perlu kita renung sejenak dan tanam dalam hati. Sifat SABAR itu adalah salah satu sifat yang paling tertinggi di sisi Allah. Bukan semua orang boleh bersabar dengan dugaan yang dihadapi, boleh bertenang sambil tersenyum dalam menjalani kehidupan hari demi hari. Tiada sifat seorang muslim yang paling tinggi di sisi Allah melainkan sifat sabar. Sabar adalah kekuatan. Ia tidak mengira keturunan atau darjat yang ada pada diri seseorang itu.

Pesanan buat diri saya sendiri. Saya seringkali memujuk diri. Saya yakin dengan janji Allah.

Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insyaallah.

Percaya dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.

Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihempas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.

Apabila sebarang musibah datang melanda, cepat-cepat bersuci dan menghadap Tuan Punya Dunia. Mengadulah, menangislah. Memang sifat kita lemah apabila berada di hadapan-Nya. Pujuk jugalah hatimu untuk melunturkan ego agar dirimu lembut untuk menitiskan airmata dihadapan-Nya. Ingatlah wahai diriku, secubit ujian yang Allah berikan, bergumpal-gumpal pahala sebagai ganjaran Allah kepada hamba-Nya. Syaratnya adalah dengan BERSABAR.


Kita Semua Adalah Pejuang

Kita semua adalah askar! Kita semua adalah pejuang! Dan seorang pejuang itu ada perjuangan yang wajib untuk dia selesaikan hingga ke akhir hayat. Hamba Allah, perjuangan kita sebagai hamba Allah adalah untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi sepertimana perjuangan Rasulullah s.a.w dahulu. Dan dengan perjuangan inilah kita akan mendapat keredhaan Allah.

Ingatlah, dalam barisan perjuangan kita ini memerlukan semangat yang tinggi, pengorbanan yang banyak. Semua itu tidak akan dapat kita selesaikan seandainya kita tiada sifat sabar dalam diri. Maka dengan itu, suburkanlah sifat sabar dalam jiwa.

Buangkan sejauh-jauhnya sifat amarah, jauhilah dendam jika dikhianat orang, dan maafkanlah kesalahan orang walaupun perbuatan itu sesuatu yang tidak dapat kita lupakan. Sesungguhnya, Allah juga sangat kasih kepada hamba yang pemurah dengan memaafkan kesalahan orang lain.


Pejuang Hidup Kerana Berjuang!

Seorang pejuang tetap wajib tegar di jalan perjuangan. Seorang pejuang tidak boleh berputus asa dengan perjalanan hidup yang masih panjang walaupun umur kita hanya Tuan Punya Dunia. Apabila seorang pejuang itu rebah kerana berputus asa, bermakna kita memberi peluang kepada iblis dan syaitan untuk bersorak kegembiraan kerana ada anak Adam yang lemah padahal syurga telah Allah janjikan bagi mereka yang penyabar.

Rebah seorang pejuang itu, memang keinginan syaitan laknatullah. Ketahuilah wahai diriku, seisi alam ini, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan para malaikat turut mendoakan kesejahteraan manusia yang baik-baik, yang tetap teguh seperti seteguh karang di jalan perjuangan ini.

Moga qalam ini dapat membuat diri saya berfikir kerana ku menulisnya untuk peringatan diriku sendiri. Aku perlu untuk tetap berdiri di jalan yang penuh duri yang berbisa. Aku perlu. Aku wajib! Kerana, aku hanya mendambakan redha Allah. Dan untuk mendapatkan redha Allah, aku perlu bersabar seiring melalui rintangan perjuangan yang tidak terduga.



Aku sayang Allah~ Aku sayang Rasulullah~


Semoga Allah merahmati.

Terima kasih YA HABIBI kerna penulisan ini...menjadikan aku lebih sabar dalam menempuh segalanya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Albasith @ MUDAH

Salam sume.


Yea sempena bulan poasa yang akan tiba hemm asanya lagiii 10 hari...hah cepatnya masa berlalu...huhuhuhu dah den xnak nak cito panjang dah...sempona den dah bekojo sendiri nih...byk botoi aktiviti yg den wat tuk memenuhi citarasa perniagaan den...perrr! bkn sonang nak bukak kodai ni..cam cam cobaan yo! lae 1 bokan sonang nak sonang yo...kona la payah dulu...



Hem apo den merepek ni! den nak share skit la...(skit jer) hem hem hem tuk bolan posa thn ni....mybe (ceh speaking!) den akn ilang 1 custome tobosar den ...cam thn2 yang lopeh...den ado gakla regular peniaga yg dah 3 tahn mik kuih dgn den...tp tuk thn ni den topakso lopehkan la...takpo insyaallah...dgn promosi..dan tawakal...insyallah ALLAH akan bg rezeki ket den..ni sume doa doa MAK den gak Pn Hajah Sabariah(ida syg mak) amin amin amin...sobab munasabab nyo yg den topakso lopehkan ....silo la baco nota den ket FACEbook den yo niii la link nya...
http://www.facebook.com/note.php?note_id=141318229225285&1&index=0


ni pulak link den tuk adv MUDAH


http://www.mudah.my/Biskut+Raya+2010-6774982.htm (sesudikanla clikclik yo nnt)



tapi den botimo kasih la pado member2 online yang sudi datang menjongok ket bengkel den di kolang ni...amin amin ...insyaallah thn ni ado la skit rozki rayo yo...leh la tambah apo yg patut nnt! x lupa gak pada kawan(den suko golar customer den kawan) kat MUDAH yang sanggup datang dari jauh sampe gak ko KLANG ....timokasih yo...



setakat ni ajo la...sesudi kan la yo baca nota den kat facebook ...add like la skali yo! akhir nyo...den nak ucap selamat menyambut BULAN RAMADHAN...doa & harapan den MOGA POSA THN NI GONAP LA SEBULAN & PENUH BERKAT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS